Selasa, 22 Disember 2009

Etnik & Kepelbagaian Kaum di Nusantara. Siapa & Dari Mana ? Penggal 1

Bila kita membincangkan tentang kepelbagaian kaum di Wilayah Nusantara, khususnya negara kita Malaysia, kita hanya mempekatakan tentang bangsa Melayu, Cina, India, Thai dan lain-lain. Kita tidak pernah mempersoalkan sama sekali tentang asal-usul kaum atau bangsa tersebut. Amat mudah menyatakan bahawa orang Cina datangnya dari negara Cina dan orang India datangnya dari India. Memang betul kenyataan tersebut, tetapi pernahkah terfikir di fikiran kita, siapakah penduduk asal Nusantara ini? Dari mana mereka datang? Siapa yang dikatakan Melayu? Siapa itu yang dikatakan Jawa. Minang, Bugis, Rawa, Moro dan lain-lain lagi dikatakan serumpun?
Melayu (Bangsa Jawi) merupakan antara bangsa tertua di dunia ini selain dari bangsa Arab, Yahudi dan Kaukasia. Dikatakan bahawa susur galurnya berasal dari keturunan anak Nabi Allah Nuh A.S. Selepas berlakunya banjir besar yang melanda dunia, Nabi Allah Nuh A.S. telah memerintahkan kepada anaknya yang terselamat supaya mengikut haluan masing-masing. Dari pecahan itu lahirlah 3 bangsa utama iaitu Kaukasia, Arab, Afrika dan Asia. Dikatakan bahawa dari anak Nabi Allah Nuh A.S. ini yang bernama Sam, maka lahirlah beberapa bangsa utama di Asia. Orang Merah (China, Jepun dsb) di Tanah Besar Cina, Orang Hitam (India dsb) dan Orang Jawi ( Nusantara). Ini menunjukkan bahawa bangsa Melayu itu adalah satu bangsa yang tunggal dan mutlak dan berbeza dengan bangsa-bangsa yang lain di Asia ini.
Menurut sumber yang dipetikdaripada penulis-penulis artikel Sejarah Melayu, terdapat beberapa pendapat tentang asal perkataan Melayu itu sendiri.Pendapat yang pertama menyatakan bahawa asal nama Melayu di ambil dari sebatang sungai di daerah Sumatera bernama Sungai Melayu. Pendapat kedua pula menyatakan pendapat berdasarkan linguistik, iaitu perkataan Melayu itu berasal dari Bahasa Sanskrit 'Malaya' yang bermaksud bukit atau tanah tinggi.
Kedatangan bangsa Jawi ini melalui 2 fasa utama, yang pertama seperti diceritakan di atas dari keturunan Nabi Allah Nuh A.S. , tetapi ramai yang terlepas pandang dengan atau terlupa dengan penghijrahan kedua bangsa Jawi ini. Fasa kedua penghijrahan ini berlaku ketika zaman Nabi Allah Ibrahim A.S. . Ramai yang tidak tahu bahawa Nabi Allah ini selain dari digelar Khalilullah, beliau juga adalah Bapa Bangsa-Bangsa. Kenapa? Kerana dari jurai keturunannya juga lahirlah bangsa Arab, Bani Israel dan Bani Jawi. Siapa itu Bani Jawi? Siapakah Qaturah? Apakah persamaan dan perbezaan antara ketiga bangsa ini? Mengapa wilayah Melayu ini digelar Nusantara?

Khamis, 17 Disember 2009

Mengetahui Barang Yang Akan Terjadi Dalam Tahun-tahun Dengan Kiraan Hari-hari Yang Tujuh

Jika awalnya hari Jumaat maka bintang Az-Zuhrah yang menguasainya ini adalah menunjukkan lapang dada sekelian manusia dan berkasih-kasih sayang sekelian istimewa penduduk negeri yang besar dan kuat sekelian raja-raja sungai Nil sederhana dan perniagaan berlaba banyak ahli permainan daripada perempuan dan lelaki pada mulanya manusia mewah dan senang pada pertengahan berharap-harap akhirnya susah mahal barang-barang dan boleh jadi mengakibatkan banyak kebinasaan atau mati barang makan murah dan banyak kebajikan dan muafakat orang-orang taat dan terjadi padanya peperangan akibatnya sunyi sepi dan terjadi penyakit wabak kerana bertentangan dengan permusuhan bintang Zuhal dan Zuhrah dan permusuhan Zuhrah dengan Zuhal. Wallahua'alam

Awal Muharram

Sabtu, 3 Oktober 2009

Asal Usul BABI

Disebut cerita semasa zaman Nabi Allah Nuh a.s. berlakunya banjir besar di dunia. Maka telah diperintah oleh Allah S.W.T. supaya baginda membina bahtera untuk menyelamatkan orang-orang yang beriman serta haiwan yang didatangkan secara berpasangan tidak ketinggalan juga benih-benih tumbuhan. Semasa perlayaran itu, timbulnya masalah, dimana hendak dibuang najis yang semakin banyak di dalam bahtera tersebut. Maka dengan kuasa Allah diciptakan satu haiwan untuk makan najis tersebut. Haiwan itu juga dijadikan dari najis. Untuk mengawal populasi haiwan tersebut maka tugas itu diserahkan kepada harimau. Ketika harimau memegang punggung haiwan tersebut, maka terkeluar lagi seekor haiwan kecil yang seakan-akan haiwan pertama tadi. Haiwan yang pertama tadi adalah BABI dan yang kedua itu adalah TIKUS. Wallahua'alam.

p/s cerita ini diolah semula secara bebas.

Selasa, 18 Ogos 2009

A new Offer

Inginkan pengetahuan yang tidak terbatas.... lawatilah BLOG ini dari masa ke semasa.

Ramalan Untuk Tahun Ini

Awalnya tahun ini bermula pada hari Isnin, maka menunjukkan dunia betapa eloknya pemerintah yang ada sekarang. Hujan turun dan rahmat baik serta suburnya tanaman. Barangan akan menjadi mahal pada tahun ini, contohnya minyak dan kain-kain. Perbalahan akan terjadi antara pemimpin-pemimpin. Cuaca tahun ini lembut sejuknya dan yang paling ditakuti terjadi penyakit diakhirnya.
(Ramalan ini dipetik dan disunting dari kitab Bintang12.)