Sabtu, 3 Oktober 2009

Asal Usul BABI

Disebut cerita semasa zaman Nabi Allah Nuh a.s. berlakunya banjir besar di dunia. Maka telah diperintah oleh Allah S.W.T. supaya baginda membina bahtera untuk menyelamatkan orang-orang yang beriman serta haiwan yang didatangkan secara berpasangan tidak ketinggalan juga benih-benih tumbuhan. Semasa perlayaran itu, timbulnya masalah, dimana hendak dibuang najis yang semakin banyak di dalam bahtera tersebut. Maka dengan kuasa Allah diciptakan satu haiwan untuk makan najis tersebut. Haiwan itu juga dijadikan dari najis. Untuk mengawal populasi haiwan tersebut maka tugas itu diserahkan kepada harimau. Ketika harimau memegang punggung haiwan tersebut, maka terkeluar lagi seekor haiwan kecil yang seakan-akan haiwan pertama tadi. Haiwan yang pertama tadi adalah BABI dan yang kedua itu adalah TIKUS. Wallahua'alam.

p/s cerita ini diolah semula secara bebas.