Isnin, 6 Disember 2010

Doa Awal Tahun & Akhir Tahun



*Maaf jika imej kurang jelas.

Ramalan Untuk Tahun Ini

Dan jika awalnya pada hari Selasa maka Al-Marikhlah yang menguasainya, maka ini menunjukkan atas kemenangan raja-raja daripada seterunya dan perintahnya berlangsung terus mahupun dengan diam atau berterus-terang dan banyak perkataan dan naik air sungai Nil dan penyakit bermaharajalela pada kebanyakan tempat dan berperang padanya raja-raja dan boleh jadi sedikit orang mati daripada penduduk negeri hangat dan sia-sia kebanyakan kaum tani orang yang bercucuk-tanam dan kalahkan seteru dan terjadi permusuhan pada setengah-setengah raja-raja Ajam, mahal mas dan perak dan sejuk pada akhirnya dan boleh jadi gempa yang merosakkan setengah-setengah binaan. Wallahua'alam

*Petikan dari Kitab Bintang 12

Khamis, 25 November 2010

Bayangan Dajal

Sama ada sedar ataupun tidak, peringatan Rasulullah S.A.W. tentang Dajal yang akan merosakkan dunia dan umatnya pada akhir zaman ini telah pun berlaku dan sedang berlaku. Walaupun Dajal secara zahirnya masih belum muncul (Iye Ke...) bayang-bayang kemunculannya sudah luas memenuhi alam ini. Kita akan mengira dan menuding kepada segala bencana alam akhir-akhir ini, keruntuhan akhlak dan sebagainya merupakan petanda kemunculan Dajal (Akhir Zaman). Pernahkah kita mengkaji dan memikirkan bagaimana ianya bermula? Siapakah yang bertanggungjawab dalam soal ini? Tudingkanlah jari tuan-tuan nescaya tuan-tuan akan dapat jawapannya sendiri.

Andalah Yang 
Bertanggungjawab











Mengapa mesti anda? 









Kerana anda memiliki peralatan di bawah ini :

Televisyen ciptaan J.L. Baird

Peralatan yang memberikan kita semua khabar berita, sumber maklumat yang mutakhir dan yang paling utama sumber HIBURAN kita semua. Cuba tuan-tuan semua hitung, dari jumlah masa yang diperuntukkan untuk mendengar berita atau menonton rencana, sehinggalah waktu iklan sampailah kepada rancangan hiburan, berpa jam seharikah (jika sampai 1 jam) waktu yang diperuntukkan oleh penyiar-penyiar televisyen bagi setiap rancangan. Saya tak mahu menolong tuan-tuan mengira di sini. Tuan-tuan KIRALAH SENDIRI......

Khamis, 28 Oktober 2010

Burung Punya Pasal

Ada seorang lelaki tua yang hobinya memelihara banyak burung. Pada suatu pagi, semua burung kesayangannya telah hilang. Merasa sipencuri sudah keterlaluan, lelaki tua itu pun membawa masalah ini di perjumpaan mingguan di kampungnya. 
Lelaki tua : "Siapa disini yang ada burung?" Seluruh penduduk laki-laki segera berdiri. Menyedari kesilapannya dalam cara bertanya, lelaki itu menambah 
"Bukan itu maksud saya" Lalu di ajukan soalan yang lain.
"Maksud saya adalah, siapa yang pernah lihat burung?" Maka seluruh penduduk wanita berdiri. Kerana menyedari pertanyaannya masih tidak betul, maka dengan muka merah padam dia menyambung 
"Maaf, bukan itu maksud saya" Sekali lagi di cuba bertanya
"Maksud saya adalah siapa yang pernah lihat burung yang bukan miliknya" Separuh penduduk wanita berdiri. Muka lelaki itu makin merah, dan juga makin gugup, segera berkata lagi 
"Maaf sekali lagi, bukan ke arah itu pertanyaan saya, maksud saya adalah, siapa yang pernah lihat burung saya?" Lalu... Isteri lelaki itu pun pun berdiri....dan seorang wanita yang lain, maka kali ini merah padam pula muka si isteri, lelaki tu pun cabut lari, menyesal tanya

Jumaat, 27 Ogos 2010

Nuzul Quran

Surah Al-'Alaq

Ramai yang memperkatakan tentang Nuzul Quran, iaitu hari turunnya Al-Quran. Para Ulama' juga ramai berpendapat demikian. Walaupun ayat-ayat Al-Quran itu turun bukan dengan sekaligus. Ada juga berpendapat bahawa turunnya wahyu pertama dari Jibrail A.S. kepada Rasulullah di Gua Hira' ialah pada malam Lailatul Qadr. Walau apa pun, apa yang penting adalah kita meneruskan amalan membaca, memahami dan menghayati serta mengamalkan ayat-ayat Al-Quran.

Selasa, 24 Ogos 2010

Duit Mudah VS Mudah Duit

Dua pernyataan yang berlawanan walaupun hampir sama maksudnya. Zaman seba canggih kini telah memungkinkan beberapa impian yang dianggap mustahil satu ketika dahulu. Seorang kerani rendah ataupun pembantu pejabat kini mampu memandu BMW

Khamis, 10 Jun 2010

Ramalan Untuk Tahun Ini

Dan jika awalnya pada hari Selasa maka Al-Marikhlah yang menguasainya, maka ini menunjukkan atas kemenangan raja-raja daripada seterunya dan perintahnya berlangsung terus mahupun dengan diam atau berterus-terang dan banyak perkataan dan naik air sungai Nil dan penyakit bermaharajalela pada kebanyakan tempat dan berperang padanya raja-raja dan boleh jadi sedikit orang mati daripada penduduk negeri hangat dan sia-sia kebanyakan kaum tani orang yang bercucuk-tanam dan kalahkan seteru dan terjadi permusuhan pada setengah-setengah raja-raja Ajam, mahal mas dan perak dan sejuk pada akhirnya dan boleh jadi gempa yang merosakkan setengah-setengah binaan. Wallahua'alam

*Petikan dari Bintang 12

Selasa, 8 Jun 2010

Kekejaman Zionis & Bantahan Dunia : Apa Kesannya Terhadap Palestin dan Zionis

Utusan Malaysia Online - Luar Negara
Baru-baru ini, misi konvoi bantuan antarabangsa ke Gaza telah diserang oleh pihak Rejim Zionis. Walaupun misi mereka amat jelas iaitu membawa bantuan perubatan dan makanan untuk rakyat Palestin, tetapi ketibaan konvoi berkenaan telah 'disambut' dengan meriahnya oleh pasukan elit komando rejim berkenaan. Tembakan roket juga turut 'menyerikan' upacara sambutan. Serangan terbaru adalah ke atas Mavi Marmara telah membunuh 9 aktivis yang dalam perjalanan menyampaikan bantuan dalam misi konvoi bantuan antarabangsa ke Gaza. Sebelum itu juga 6 aktivis dari Malaysia termasuk 2 wartawan yang menaiki kapal Rachel Corrie nyaris menjadi mangsa kekejaman Zionis.

Seluruh dunia terkejut dengan peristiwa ini. Amatlah tidak disangka-sangka yang misi bantuan ini bertukar menjadi misi berdarah. Beratus-ratus perarakan telah diadakan di seluruh dunia bagi membantah dan menunjukkan rasa tidak puas hati terhadap Rejim Zionis. Beribu-ribu orang dari pelbagai bangsa dan negara, 
keluar di jalanan bagi menunjukkan simpati mereka terhadap rakyat Palestin. Pelbagai sepanduk yang menunjukkan betapa bencinya mereka terhadap kekejaman yang dilakukan oleh Rejim Zionis. Tidak kurang juga ada yang membakar bendera rejim berkenaan sebagai tanda marah dan protes terhadap tindakan mereka. Tetapi adakah segala tindakan ini mendatangkan kesan terhadap Zionis? Adakah rejim ini kekurangan apa-apa pun walaupun mendapat tentangan daripada dunia tentang kekejaman mereka? Jawapannya .....................

Sabtu, 5 Jun 2010

Selamat Bercuti

Selamat bercuti saya ucapkan kepada semua warga pendidik di seluruh tanah air. Pastinya ramai yang mengambil kesempatan ini untuk balik ke kampung, makan angin, melangsungkan perkahwinan dan sebagainya. Pesanan saya hanya 'Berhati-hati di jalanraya'. semoga sampai ke destinasi yang dituju dengan selamat. Untuk yang bakal menjadi 'Raja Sehari', tahniah dan semoga berbahagia hingga ke akhir hayat. Bagi yang mempunyai kemampuan yang lebih, bawalah anak-anak anda makan angin. Malaysia ini tidak kurang indahnya berbanding dengan negara luar. Melancong juga boleh menambahkan pengalaman anak-anak anda di samping mengeratkan hubungan kekeluargaan. Kalau sudah bosan berkelah atau mandi di air terjun, apa kata bawa anak-anak anda ke muzium. Kenalkanlah anak-anak anda dengan sejarah dirinya sendiri. Biar mereka tahu siapa diri mereka itu. Kesedaran sebegini perlu dipupuk sedari mereka masih hijau lagi. Kalau dah jadi buluh, tidak ada siapa yang dapat menyedarkan mereka lagi. Akhir kata, Terpeliharanya Melayu kerana Islam, Terjunjungnya Islam kerana Melayu....Hidup Melayu

Daulat Tuanku

Selamat Menyambut Hari Keputeraan 
Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong


Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah

Jumaat, 28 Mei 2010

Hua Hua Hua


Berhati-hatilah dengan ucapan kerana mungkin dapat mempengaruhi sejarah!







Pada 20 Julai 1969, Komandan Apollo 11 Lunar Module, Neil Armstrong terkenal sebagai manusia pertama yang menjejakkan kakinya di bulan. Kata-kata pertamanya setelah menjejakkan kaki adalah; "That's one small step for man, one giant leap for mankind"


Kata-kata tersebut disiarkan kepada jutaan penonton TV di seluruh bumi. Tetapi seketika sebelum dia kembali mendarat di bumi, dia membuat ucapan yang cukup misteri; "Good Luck Mr. Gorsky".





Selasa, 18 Mei 2010

Berita Harian Online | 25 setiap kelas

Berita Harian Online | 25 setiap kelas

Had murid antara 40 cadangan atasi beban guru

KUALA LUMPUR: Mengehadkan murid kepada hanya 25 orang bagi setiap kelas di sekolah rendah dan menengah adalah antara 40 cadangan mengatasi beban tugas guru yang dikenal pasti oleh jawatankuasa khas yang ditubuhkan Kementerian Pelajaran bagi mengkaji masalah berkenaan.

Isnin, 17 Mei 2010

Hadiah Hari Guru


KUANTAN, 16 Mei (Bernama) — Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Ahad mengumumkan ganjaran kewangan bersempena sambutan Hari Guru kepada pengetua, guru besar dan guru yang berjaya melonjakkan prestasi sekolah masing-masing.

Pak Kaduk

Cerita Pak Kaduk merupakan versi cerita rakyat berlandaskan kisah benar tentang seorang anak raja yang gemar berjudi yang akhirnya tergadai kampung halamannya. Kisah ini banyak menyelitkan sindirannya dalam bentuk lawak jenaka supaya pendengar atau pembacanya tidak jemu dan mengambil pengajaran daripada cerita itu secara tidak langsung.

Jumaat, 14 Mei 2010

SELAMAT HARI GURU 2010




Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979





Khamis, 13 Mei 2010

Berita.....Baik Punya!!!!!

KUALA LUMPUR, 12 Mei: Kumpulan Berjaya mendapat hak sebagai syarikat tunggal pertaruhan bola sepak Piala Dunia 2010 yang dikeluarkan oleh kerajaan petang semalam.
Ini berikutan kerajaan meneruskan keputusan untuk mengeluarkan lesen judi semasa kejohanan bola sepak berprestij di dunia itu berlangsung awal bulan Jun.
Akhbar berbahasa Cina, Sin Chew, melaporkan menteri kewangan secara rasminya memberi lesen judi itu kepada Kumpulan Berjaya.
Sin Chew melaporkan pertaruhan secara sah itu boleh dilakukan sebelum kejohanan bolasepak itu bermula pada 11 Jun ini.
Perjudian itu boleh dilakukan melalui lebih 2000 kedai pertaruhan Toto yang dimiliki kumpulan itu.
Pada 6 Mei lalu, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussein berkata, kerajaan mempertimbangkan kemungkinan mengeluarkan lesen untuk membenarkan pertaruhan dilakukan semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 bagi mengelak berleluasanya aktiviti perjudian dan pertaruhan haram di negara ini.
Katanya, jika kerajaan tidak mengeluarkan lesen kepada pihak yang memohon, aktiviti perjudian dan pertaruhan haram tetap berlaku tanpa kawalan dan pemantauan pihak berkuasa.
"Ada beberapa perkara penting untuk dikaji sama ada perkara ini baik bagi kerajaan atau jika kerajaan boleh cuba mengawalnya untuk mengetahui berapa banyak,” ujarnya kepada pemberita di lobi Parlimen.
Katanya, kerajaan sedang mengkaji perkara itu dan akan memutuskannya jika mahu membenarkan pertaruhan memandangkan kejohanan Piala Dunia semakin hampir.


Petikan dari Harakah Daily

Nampaknya daripada mengawal dah jadi menggalak, dari menghapus dah jadi menyuburkan. Sepatutnya kegiatan pertaruhan haram di cegah dan dibasmi, ini tidak malahan diberi lesen. Nampak gayanya lagi bertambah ramai la peminat bolasepak di negara kita ni. Kalau dahulu orang menonton bola semata-mata untuk menyaksikan kehebatan aksi pemain bertaraf dunia, tapi kini semua dapat terlibat dalam pertaruhan kelas dunia. Sayangnya, ramai yang akan bertaruh adalah umat Islam dan yang menerima pertaruhan adalah yang bukan Islam. Yang kaya adalah yang BERJAYA dan yang papa tetap orang Islam khususnya orang Melayu. Apa-apa pun syabas diucapkan, walaupun pemain Malaysia tidak dapat beraksi di Piala Dunia, tetapi 'Bookie-Bookie' Malaysia telah BERJAYA dia arena bolasepak antarabangsa. Baik Punya.....


Jumaat, 23 April 2010

Masalah Umat Islam Masa Kini

Saya jarang sekali menulis untuk Blog saya ini. Kebanyakan ‘posting’ saya dipetik atau disunting dari bahan-bahan yang terdapat pada blog-blog yang saya ikuti serta beberapa artikel yang berkaitan dengan isu-isu semasa.

Umat Islam masa kini, terutamanya di Malaysia amat sensitif bila memperkatakan tentang agama serta cara pengamalannya. Isu-isu seperti anti-hadis, tareqat, wahabi dan lain-lain terus menjadi teka-teki kepada umat Islam. Ketidakjelasan tentang sesuatu perkara telah membangkitkan beberapa insiden dan salah faham dan perkara ini sering kali dijadikan modal oleh beberapa orang yang suka mengambil kesempatan atas kekurangan kefahaman dan ilmu umat Islam di Malaysia ini.

Isu hukum, halal dan haram, bid’ah dan sebagainya seringkali menjadi tajuk utama perbincangan antara ahli agama. Sayangnya, banyak perbincangan tidak mendapat kesepakatan dan persetujuan kea rah penyatuan. Seringkali aksi tuduh-menuduh, saman-menyaman mengambil alih peranan perbincangan. Amatlah memalukan kepada kita umat Islam, jika tokoh-tokoh ini berkelakuan seperti itu. Keyakinan umat juga terjejas terhadap kredibiliti seseorang itu. Jadi di mana tempatnya umat Islam hendak berpegang keyakinan mereka jika orang yang diharap dapat membimbing pula pencong dan senget?

Kemunculan individu-individu yang merasakan diri mereka bagus dan betul lebih memburukkan keadaan yang telah sedia goyah dengan isu-isu yang tidak dapat diselesaikan. Isu murtad, minum minuman keras, bersekedudukan dan banyak lagi isu lapok yang tidak diambil serius cara dan penyelesaian untuk menyelesaikannya. Seringkali isu remeh dibangkitkan oleh golongan tertentu untuk memancing perhatian.
Tokoh-tokoh agama dan para ulama’ seharusnya duduk semeja dan bermesyuarah untuk menyelesaikan isu dan masalah yang lebih penting dari membicarakan soal makruh atau tidak, bid’ah atau sunnah. Adakah kita sedar atau tidak, majlis ilmu di surau-surau atau di masjid tidak lagi menarik perhatian? Cuba renungkan kepada diri kita dan bertanya, kenapa orang tidak mahu mendengar ta’lim ataupun usrah? Janganlah terus menyalahkan ahli karyah jika mereka tidak mahu hadir. Perlu ada cara yang lebih berhikmah untuk menarik mereka dari mengkritik atau menyindir. Bukan sahaja ahli karyah tidak mahu bahkan orang akan memperlecehkan diri kita.

Artikel ini ditulis kerana saya sudah ‘fed-up’ dengan gelagat segolongan ‘tokoh’ yang merasakan dirinya hebat. Tidak boleh ditegur dan dinasihat. Tepuk dada tanya selera. Jika masalah umat ini diambil enteng, tuan-tuan juga yang akan menjawab dahulu kerana jika kepalanya dah senget, ekornya juga akan ikut menyenget. Sekian, wassalam.

Selasa, 20 April 2010

Ramalan Keputusan PRK Hulu Selangor (Terkini)

Akhirnya, calon Bebas Johan Mohd. Diah menarik diri juga. Amat menarik fakta ini kerana saya yakin ada yang tersembunyi dan tersirat disebalik penarikan diri calon-calon Bebas di saat-saat akhir ini. Kita tinggalkan dulu segala spekulasi ini kerana saya tidak mahu dicop sebagai 'speculator' atau sebagainya. Berbalik kepada ramalan sebelum ini, maka tinggal hanya ramalan '1 lawan 1' iaitu antara calon BN Kamalanathan dan calon PKR Zaid Ibrahim. Hanya ada 2 ramalan tentang siapa yang akan memenangi kerusi ini.

Ramalan 1: Zaid Ibrahim akan menang jika, pihak BN tersilap langkah dalam 'menamakan' calonnya.

Ramalan 2: P.Kamalanathan akan menang jika, pihak BN betul dalam menamakan calonnya.

Kesimpulan: Faktor siapa menang atau kalah di PRK Hulu Selangor kali ini semuanya bergantung kepada 'Kebijaksanaan' Barisan Nasional'.

Sekian, Wallahu'alam.

Isnin, 19 April 2010

Ramalan Keputusan PRK Hulu Selangor

Ramai yang telah mengeluarkan 'statement' tentang calon masing-masing. Seperti biasa, setiap wakil akan 'memenangkan' pilihan hatinya. Setelah didesak oleh rakan saya, maka saya pun mulalah membuat 'kira-kira' saya. Hasilnya seperti dibawah ini.

Ramalan 1: Pemenang bagi pertandingan 4 penjuru antara Kamalanathan (BN), Zaid Ibrahim (PKR), Johan Md. Diah (Bebas) dan VS Chandran (Bebas). VS Chandran mungkin akan menang tetapi sayang beliau menarik diri.

Ramalan 2: Ini yang paling panas, harap jgn ada yang marah. Kalau mengikut perhitungan, Zaid Ibrahim boleh memenangi Kerusi Pilihanraya Kecil Hulu Selangor. Perhitungan ini bukan berdasarkan kira-kira politik atau apa jua jenis spekulasi. Kira-kira ini dibuat atas 'nilai' seseorang itu. Bukan duit atau pun pengaruh. Baik saya tinggalkan soalan 'perah otak' ini sebentar untuk beralih ke ramalan ketiga. Lebih perah otak beb.

Ramalan 3: Ramalan ini bergantung kepada satu perkataan; jika, jadi jangan ambil serius okay? Jika calon bebas menarik diri, maka pertandingan akan menjadi 1 lawan 1, yang mana peratus untuk calon yang tinggal untuk menang adalah 50-50. Boleh jadi Zaid menang atau Kamalanathan yang menang. Tetapi jika mengikut perkiraan, berat kepada calon BN untuk menang berbanding PKR. Andaikata pertandingan ini masih 3 penjuru, berat untuk dikatakan dan mungkin ia akan menjadi satu keputusan paling bersejarah dalam Pilihanraya Malaysia. Apa yang akan terjadi? Wallahu'alam.

Selasa, 2 Mac 2010

26 Tahun Dahulu.....Kini, Tragedi Berulang Kembali


Fail Jenayah: Dua beradik dibenam dalam lubang tandas akibat melihat hubungan terkutuk

MAYAT Azman Wardi, 10, dan adik perempuan nya, Saniah, 3, ditemui dalam lubang najis di belakang sebuah rumah di Kampung Muhibbah, Peserai, Batu Pahat, Johor dalam satu insiden pada 1984. Mayat mereka ditemui dalam keadaan reput dan berulat. Dua beradik itu dikatakan dibunuh dengan dicekik hingga mati dan diikat. Mayat mereka kemudian disumbat ke dalam lubang najis untuk mengelak daripada dikesan. Cara pembunuhan dua beradik ini menggambarkan perwatakan pembunuhnya sebagai seorang yang amat kejam. Bagaimanapun jenayah kejam itu terbongkar juga...

FAKTA KES

Tertuduh: Sam Ser Abdul Rahim, 31.
Pekerjaan: Buruh ladang
Asal: Kampung Muhibbah, Perserai, Batu Pahat dan menetap di Kampung Telok Bakung (kira-kira lima kilometer dari kampung kelahiran nya).
Tuduhan: Membunuh dua beradik, Azman Wardi, 10, dan Saniah, 3.
Tempat kejadian: Di sebuah rumah di Kampung Muhibbah.
Masa: 9.30 pagi, 30 April 1984.
Hakim Mahkamah Tinggi Muar: Datuk Mohamad Eusoff Chin
Juri: 7 orang
Pendakwa: Timbalan Pendakwaraya Saufee Affandi Mohamad.
Peguambela: GF Nelson.
Tempoh perbicraa n: Bermula 17 Januari 1987 dan berlangsu ng selama 20 hari.
Saksi pendakwa: 16 orang
Saksi utama: Salmah Mohamed Salleh, 26.
Saksi pembela: 4 orang.

Pemandangan Kampung Muhibbah di Peserai, Batu Pahat, tidak ada bezanya dengan kampung lain di Johor, yang penuh dengan suasana ketenangan.

Penduduk bukan setakat saling mengenali, malah ramai yang mempunyai ikatan persaudaraan. Hubungan erat ini menyebabkan ibu bapa biasanya tidak bimbang melepaskan anak-anak bermain sekitar kampung.

Anak-anak pula tahu bahawa mereka mesti pulang sebelum senja menjelang . Jika tidak, berbiratlah belakang badan dirotan atau telinga merah dipulas.

Kejadian jenayah jarang sekali didengar. Setakat hilang ayam atau itik itu biasalah. Itu pun belum tentu dilakukan oleh manusia. Mungkin juga ular sawa kelaparan punya angkara.

Tanggal 30 April 1984 bagaimana pun mengocak suasana keharmonian itu.

Petang hari yang malang itu bukan lagi petang biasa seperti sebelum ini kepada sepasang suami isteri yang mempunyai lima anak, Wardi Wasis, 48 dan Sukiam Hassan, 42.

Ketika anak-anak jiran sudah berada di rumah, kebimbangan mula menyerang hati mereka kerana dua anak kesayangan, Azman dan Saniah, masih belum muncul-muncul walaupun azan Maghrib sayup kedengaran.

Belum pernah dua beradik itu buat hal untuk pulang lewat seperti petang itu.

Penarik beca, Wardi, akhirnya membuat keputusan membuat laporan polis pada hari itu kerana bimbang ada sesuatu yang tidak kena menimpa kedua-dua anaknya.

Hari-hari berikutnya, Wardi, dibantu sanak saudara dan penduduk kampung berusaha mencari anaknya, tetapi menemui kehampaan .

Kira-kira seminggu kemudian, iaitu pada 7 Mei, Kampung Muhibbah, gempar apabila Azman dan Saniah dijumpai dalam keadaan mengerikan dalam lubang najis di belakang rumah jiran Wardi, Salmah Mohamed Salleh.


Berdasarkan persamaan tali rafia yang digunakan untuk mengikat kanak-kanak malang dan yang dijumpai di rumah Salmah, polis tidak menunggu lama untuk mencari orang yang disyaki.

Salmah ditahan dan keesokan hari pada 8 Mei, seorang buruh ladang di Ayer Bemban dekat Kulai,
Sam Ser Abdul Rahim, ditahan di Kampung Teluk Bakung, Batu Pahat.

Dengan penahanan mereka bermulalah pendedahan demi pendedahan menggemparkan bukan saja mengenai pembunuhan itu, tetapi hubungan terlarang antara lelaki bujang, Sam Ser dan isteri orang, Salmah.

Cara dua beradik itu yang dibunuh dengan kejam juga
menarik perhatian orang ramai untuk mengikuti perbicaraan Sam Ser yang dituduh membunuh mereka.

Selepas didakwa di Mahkamah Majistret Batu Pahat, kes Sam Ser dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Muar pada 17 Januari 1987.

Keghairahan orang ramai untuk mengikuti perbicaraan Sam Ser menyebabkan kes itu dilabelkan sebagai perbicaraan mayat dalam lubang najis

Di depan Hakim Mohamad Eusoff Chin, Sam Ser dibela oleh GF Nelson, manakala pendakwaan oleh Timbalan Pendakwaraya Saufee Affandi Mohamed.

Dalam perbicara an awal, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat, Asisten Superintendan (ASP) Abdul Rahman Kamil, menceritakan detik penemuan mayat dua beradik itu.

Sebagai pegawai penyiasat kes itu, Abdul Rahman, berkata dia mengetuai sepasukan polis ke Kampung Muhibbah selepas dimaklumkan penemuan mayat itu kira-kira jam 2.15 petang, 7 Mei 1984.

Katanya, lubang najis itu ditutupi kepingan papan dengan sekeping papan lapis di bahagian atas dan apabila dialihkan, ternampak mayat Azman menghadap ke atas dan adiknya, Saniah, ke bawah.

Kedua-dua mayat itu diikat bersama mulai bahagian perut hingga bahagian leher. Azman memakai seluar panjang warna coklat dan baju lengan panjang, manakala Saniah memakai baju-T warna merah hati dan seluar bercorak bunga.

Yang hanya dapat dilihat pada mayat Azman hanya bahagian tulang belakangnya, manakala bahagian badan lain hilang. Mayat Saniah walaupun lebih reput, tetapi tidak seteruk Azman, katanya.

Abdul Rahman berkata, polis menghadapi masalah untuk memisahka n mayat mereka kerana diikat tali yang kemudian terpaksa dipotong.

Kira-kira jam 6.30 petang, katanya seorang pegawai polis wanita, Inspektor Lee Siew Kee, memeriksa rumah Salmah dan menjumpai empat utas tali.

Katanya, seutas tali dijumpai di alang rumah, dua utas di ruang tamu dan seutas lagi di dapur.

Selepas membandingkan tali yang dijumpai dan tali yang digunakan mengikat mangsa, anggota polis menangkap Salmah pada hari itu juga, diikuti Sam Ser keesokan hari, katanya.

Pada 21 Mei, katanya anggota polis menemui sehelai baju-t di rumah Salmah dan hasil
pemeriksaan di Jabatan Kimia di Johor Bahru, menemui kesan beberapa warna.

Oleh kerana baju itu dijumpai di rumah Salmah, katanya polis membuat andaian baju itu milik suaminya, Razali Janis. (Salmah ketika memberi keterangan kemudian memberitahu bahawa baju itu digunakan oleh Sam Ser untuk mengelap kesan darah pada lantai)

Hari keempat adalah giliran Salmah, sebagai saksi pendakwa untuk memberi keterangan menggemparkan apabila dia menuduh Sam Ser, 31, sebagai pembunuh dua beradik itu.

Sam Ser adalah orang yang membunuh Azman dan adiknya, Saniah dan kemudian mencampakkan mayat mereka dalam lubang najis di belakang rumah saya.

Di mahkamah yang penuh sesak, Salmah berkata dua beradik itu masuk ke bilik tidurnya ketika Sam Ser dalam keadaan bogel.

Pada hari kejadian, katanya Sam Ser datang ke rumahnya kira-kira jam 8 pagi dan selepas berbual seketika, mereka memutuska n untuk melakukan hubungan seks.

Ketika itu, katanya bayinya yang berusia tiga bulan, tidur di ruang tamu, manakala seorang lagi anaknya berusia dua tahun sedang bermain.

Katanya, pintu dan tingkap rumahnya selalunya ditutup untuk mengelakkan rumahnya dimasuki habuk.

Menyedari anak jirannya masuk ke bilik tidur ketika mereka melakukan hubungan seks, Salmah memberita hu Sam Ser mengenai kehadiran tetamu tidak diundang itu menyebabkan lelaki itu bingkas bangun meluru ke arah Azman.

Katanya, Sam Ser menangkap Azman dan menolaknya jatuh ke lantai lalu mencekik dengan kedua belah tangan kanak-kanak itu yang ternyata tidak mampu melawan.

Sam Ser kemudian meminta beberapa utas tali yang saya ambil dari dapur. Dia mengikat badan Azman dan kemudian meminta beberapa utas tali lagi.

Apabila saya muncul dari dapur, saya lihat Sam Ser mencekik Saniah yang
ketika itu terlentang tidak bermaya di lantai, katanya.

Selepas mengikat Saniah, katanya Sam Ser sambil memastikan tiada orang lain nampak, mengheret dua beradik itu ke belakang rumah dan menyumbat mereka ke dalam lubang najis.

Lubang najis berukuran 2.1 meter panjang, 1.5 meter lebar dan sedalam 1.2 meter itu terletak kira-kira 1.2 meter dari tandas yang terletak di belakang rumah Salmah.

Salmah mendakwa Sam Ser memberi amaran akan membunuhnya jika memberitahu orang lain mengenai kejadian itu.

Dia juga memberitahu bahawa jika sesiapa bertanyak an dua beradik itu, saya kena cakap mereka dilarikan dalam sebuah kereta biru, katanya.

Salmah juga memberita hu bahawa dia cuba menghalang Sam Ser mencekik Azman tetapi tidak dipedulikan.

Katanya, Sam Ser memilih lubang najis untuk membuang kanak-kanak kerana sudah biasa dengan persekitaran kawasan rumah itu.

Dari segi perhubungan dengan keluarga Wardi, katanya memang ada perselisihan faham, tetapi tidak serius. Malah dia ada melawat keluarga itu selepas kejadian itu, tetapi tidak menceritakan mayat itu.

Selepas kejadian itu, Salmah mengaku dia menyesal, tetapi keadaan ketika itu menyebabkan dia tidak boleh memberitahu sesiapa mengenai pembunuha n itu.

Sementara itu, Razali yang ketika perbicaraan sudah bercerai dengan Salmah memberitahu bahawa pada 1 Mei 1984, bau busuk dari arah belakang rumahnya menyebabk an dia menyiasat punca bau itu dengan pergi membuka penutup lubang najis itu.

Selepas dialihkan, katanya dia nampak mayat dalam lubang najis itu dan menghubungi bapanya yang tinggal di Kampung Petani untuk memberitahu mengenai penemuan itu.

Katanya, bapanya datang ke rumahnya pada malam itu dan mereka bersama-sama memeriksa lubang najis itu dan keesokan hari, dia memberit hu jirannya mengenai perkara itu.

Pada 6 Mei, katanya oleh kerana tidak tahan lagi dengan bau busuk itu, dia sekeluarga berpindah ke rumah bapanya dan pada masa sama, polis mengetahui mengenai kisah dua mayat itu.

8 Mei 1984 - Dua orang adik-beradik berumur 11 dan 4 tahun dijumpai mati dalam lubang tandas di sebuah rumah jiran mereka di Kampung Muhibbah, Batu Pahat. Allahyarh am adik Azman Wardi dan Samiah Wardi telah dilaporka n hilang beberapa hari dan dianggap mereka telah diculik. Tragedi pembunuha n itu telah membongka r hubungan sulit antara Salmah dan Samsir (gambar). Mereka dihadapkan ke mahkamah. Samsir didapati tidak bersalah dan mahkamah membebaskannya. Sejurus pembebasa nnya, Samsir ditahan di luar mahkamah untuk didakwa dalam kes pembunuha n yang lain pula.

Ahad, 28 Februari 2010

Khatam An-Nubuwwah (The seal of the Prophet)

Ini adalah contoh - Khataman an-Nubuwwah yang terdapat pada belikat Rasulullah shallAllahu 'alaihi wasallam.


Maksud hadith dari riwayat al-Tirmidzhi radhiAllahu 'anhu:

"Barang siapa yang berwudhuk dan melihat kepadanya akan mendapat keberkatan seperti berikut:

  1. Pada waktu Subuh, Allah s.w.t. memeliharanya sehingga waktu Maghrib.
  2. Pada waktu Maghrib, Allah s.w.t. memeliharanya sehingga waktu Subuh.
  3. Pada awal bulan, Allah s.w.t. memeliharanya sehingga akhir bulan.
  4. Pada awal tahun, Allah s.w.t. memeliharanya sehingga akhir tahun.
  5. Pada awal perjalanan, Allah s.w.t. memeliharanya sehingga akhir perjalanan.
  6. Jika ia meninggal dunia pada tahun itu, ia akan disuratkan - Mati dalam iman,
  7. Sesiapa yang melihat kepadanya dengan penuh rasa kasih dan Iman, dalam usianya sekali sahaja, Allah s.w.t. akan memelihara ia dari semua perkara yang ia benci (mungkar) sehingga ia meninggal dunia.

Selawat dan Salam kepada Nabi Muhammad serta ahli keluarganya dan sahabatnya

http://www.ahmadiah-idrisiah.com/khatam-an-nubuwwah.php


Selasa, 26 Januari 2010

Apa ada di dalam Ka'abah?

Ini ada beberapa gambar dan rajah menunjukkan keadaan di dalam Ka'abah. Sayugia diingatkan bahawa hanya insan tertentu yang diberikan keistimewaan untuk melihat isi dalam Ka'abah apatah lagi untuk memasukinya. Semoga dengan gambar-gambar ini dapat memberikan gambaran bagaimana rupa isi Ka'abah.

Antara tokoh yang pernah memasuki Ka'abah,
Tun Dr. Mahathir, Tun Dr. Ismail dan King Ghaz.


p/s Untuk mendengar cerita pengalaman masuk ke dalam Ka'abah ini, boleh layari website Darussyifa' dan mendengar sendiri pengalaman dari Harun Din Al-Hafiz.

Isnin, 25 Januari 2010

Al-Fatihah


Belum reda dengan tangisan pemergian Almarhum Sultan Johor, negara dikejutkan dengan pemergian tokoh luar negara kita, Muhammad 'King Ghaz' Shafie. Semoga roh Allahyarham ditempatkan bersama-sama orang yang beriman, Amin.


Rabu, 20 Januari 2010

UMNO,PAS,PKR...Siapa Yang Betul dan Siapa Yang Salah



Senario politik alaf baru ini menyaksikan pertentangan 3 parti politik Melayu dalam menegakkan pendirian masing-masing. Parti UMNO yang merupakan parti utama orang Melayu semakin hari semakin lemas dengan bermacam isu dan skandal. Daripada pucuk pimpinan sehinggalah ke akar umbi dilanda badai rasuah, skandal seks, komplot keluarga dalam politik dsb. PAS dan PKR juga tidak terlepas dengan nasib yang sama. Akhir-akhir ini pelbagai isu ditimbulkan di dada-dada akhbar , media massa dan ruang siber ini. Tetapi pernahkah mereka ini terfikir, mengapa akhir-akhir ini nasib malang ini hanya menimpa parti-parti yang didominasi oleh orang Melayu sahaja, walaupun ada juga kes yang terlibat melibatkan bangsa bukan Melayu.
Berpandukan dari hasil kajian beberapa blog yang turut sama meneliti permasalahan ini, dapat disimpulkan bahawa nasib orang Melayu kini umpama telur di hujung tanduk. Agak cemas juga bunyinya tetapi inilah hakikat yang harus kita terima walau apapun fahaman politik dan agama kita, kita mesti menyedari nasib bangsa Melayu Islam sudah tidak terjamin lagi.
Bangsa Melayu Islam di Malaysia merupakan benteng terakhir bangsa Melayu di Nusantara pada masakini memandangkan saudara-saudara kita yang ada disekitar kepulauan ini, ramai yang menjadi mangsa percaturan pemerintah di negara mereka. Melayu Pattani, Melayu Champa, Melayu Moro adalah contoh penderitaan dan kesengsaraan bangsa kita. Di Indonesia pula, ramai yang menjadi mangsa kemiskinan tegar walaupun negaranya kaya dengan hasil bumi dan ilmuwan yang mahsyur.
Wilayah Nusantara ini yang dahulunya satu sudah berpecah akibat taktik penjajah (Divide and Rule) menyebabkan kekuatan satu bangsa tadi menjadi lemah. Dari aspek geografi sehingga ke aspek minda bangsa Melayu sudah dipecah-pecahkan supaya tidak bersatu. Jika kita benar-benar amati ajaran ugama kita iaitu Islam, tidak akan ada perpecahan yang sepatutnya terjadi walaupun berbeza dari segi fizikal dan mental. Dengan kesatuan sahaja sesuatu umat atau bangsa itu akan maju dan kuat. Tetapi apa yang berlaku kini sebaliknya. Kalau diikuti rentetan sejarah perpecahan bangsa Melayu ini, kita sebenarnya sudah sangat hampir kepada kemusnahan. Apakah nanti satu hari bila kita tidak dibenarkan Solat atau membuat ibadat yang lain baru kita hendak sedar dan bersatu? Satu artikel tentang nasib orang Islam Urghyur (kalau tak silap saya, kalau salah eja minta maaf ya) di China yang menjadi mangsa percaturan politik dunia pernah diterbitkan di majalah Al-Islam. Bangsa yang sepatutnya mempunyai negara sendiri telah dinafikan hak mereka kerana mereka beragama Islam. Bukan itu sahaja, masyarakat Yunan di China juga pernah ditekan semasa pemerintahan Mao sehinggakan umat Islam di sana tidak dibenarkan solat dan sebagainya. Adakah nasib sebegitu yang kita inginkan untuk bangsa kita yang majoritinya beragama Islam?
Jika mengikut sejarah, pemerintah Islam tidak pernah mengganggu atau menzalimi rakyatnya yang beragama atau berbangsa lain. Malah menghormati fahaman mereka dan berdakwah secara halus supaya mereka tertarik kepada Islam. Tetapi sejarah sering menyaksikan yang umat Islam sering dijadikan 'target practise' kepada senjata-senjata orang bukan Islam. Mengapa mereka melakukan perbuatan itu kepada kita umat Islam? Apakah dosa kita pada mereka?
Persoalan ini berbalik kepada tajuk diatas, siapa yang betul dan siapa yang salah. Ketiganya betul dan ketiganya juga bersalah kerana masing-masing sehingga ke saat ini bertegang urat mempertahankan kelurusan benang basah sendiri. Andaikata, terjadilah nasib malang ini kepada kita semula, (jangan lupa pernah terjadi yang kita telah dijajah selama 446 tahun) mahukah ketiganya bertanggungjawab? Sekali terjajah bangsa akan mula lemah dan untuk menjadi gagah kembali, amat lama untuk kembali. Fikirkanlah, kita mengambil masa hampir setengah abad untuk bangkit dan negara ini baru berusia 53 tahun merdeka. Adakah kita sudah muak dengan kemerdekaan ini? Sudah penatkah kita menguruskan negara ini sehingga mahu diulang sejarah hitam itu semula?
Sudah sampainya masa kita ketepikan kepentingan sendiri untuk kepentingan bangsa. Pengorbanan yang kecil itu walaupun tidak dapat menandingi jasa datuk nenek kita, tetapi amat berharga untuk kelangsungan hidupnya bangsa kita, bangsa Melayu.

Isnin, 18 Januari 2010

Setem Sungei Ujong


Kewujudan setem ini menunjukkan bahawa kedudukan Sungai Ujong sebagai sebuah negeri di Tanah Melayu ini dan bukan sebagai sebuah daerah.