Jumaat, 23 April 2010

Masalah Umat Islam Masa Kini

Saya jarang sekali menulis untuk Blog saya ini. Kebanyakan ‘posting’ saya dipetik atau disunting dari bahan-bahan yang terdapat pada blog-blog yang saya ikuti serta beberapa artikel yang berkaitan dengan isu-isu semasa.

Umat Islam masa kini, terutamanya di Malaysia amat sensitif bila memperkatakan tentang agama serta cara pengamalannya. Isu-isu seperti anti-hadis, tareqat, wahabi dan lain-lain terus menjadi teka-teki kepada umat Islam. Ketidakjelasan tentang sesuatu perkara telah membangkitkan beberapa insiden dan salah faham dan perkara ini sering kali dijadikan modal oleh beberapa orang yang suka mengambil kesempatan atas kekurangan kefahaman dan ilmu umat Islam di Malaysia ini.

Isu hukum, halal dan haram, bid’ah dan sebagainya seringkali menjadi tajuk utama perbincangan antara ahli agama. Sayangnya, banyak perbincangan tidak mendapat kesepakatan dan persetujuan kea rah penyatuan. Seringkali aksi tuduh-menuduh, saman-menyaman mengambil alih peranan perbincangan. Amatlah memalukan kepada kita umat Islam, jika tokoh-tokoh ini berkelakuan seperti itu. Keyakinan umat juga terjejas terhadap kredibiliti seseorang itu. Jadi di mana tempatnya umat Islam hendak berpegang keyakinan mereka jika orang yang diharap dapat membimbing pula pencong dan senget?

Kemunculan individu-individu yang merasakan diri mereka bagus dan betul lebih memburukkan keadaan yang telah sedia goyah dengan isu-isu yang tidak dapat diselesaikan. Isu murtad, minum minuman keras, bersekedudukan dan banyak lagi isu lapok yang tidak diambil serius cara dan penyelesaian untuk menyelesaikannya. Seringkali isu remeh dibangkitkan oleh golongan tertentu untuk memancing perhatian.
Tokoh-tokoh agama dan para ulama’ seharusnya duduk semeja dan bermesyuarah untuk menyelesaikan isu dan masalah yang lebih penting dari membicarakan soal makruh atau tidak, bid’ah atau sunnah. Adakah kita sedar atau tidak, majlis ilmu di surau-surau atau di masjid tidak lagi menarik perhatian? Cuba renungkan kepada diri kita dan bertanya, kenapa orang tidak mahu mendengar ta’lim ataupun usrah? Janganlah terus menyalahkan ahli karyah jika mereka tidak mahu hadir. Perlu ada cara yang lebih berhikmah untuk menarik mereka dari mengkritik atau menyindir. Bukan sahaja ahli karyah tidak mahu bahkan orang akan memperlecehkan diri kita.

Artikel ini ditulis kerana saya sudah ‘fed-up’ dengan gelagat segolongan ‘tokoh’ yang merasakan dirinya hebat. Tidak boleh ditegur dan dinasihat. Tepuk dada tanya selera. Jika masalah umat ini diambil enteng, tuan-tuan juga yang akan menjawab dahulu kerana jika kepalanya dah senget, ekornya juga akan ikut menyenget. Sekian, wassalam.

Selasa, 20 April 2010

Ramalan Keputusan PRK Hulu Selangor (Terkini)

Akhirnya, calon Bebas Johan Mohd. Diah menarik diri juga. Amat menarik fakta ini kerana saya yakin ada yang tersembunyi dan tersirat disebalik penarikan diri calon-calon Bebas di saat-saat akhir ini. Kita tinggalkan dulu segala spekulasi ini kerana saya tidak mahu dicop sebagai 'speculator' atau sebagainya. Berbalik kepada ramalan sebelum ini, maka tinggal hanya ramalan '1 lawan 1' iaitu antara calon BN Kamalanathan dan calon PKR Zaid Ibrahim. Hanya ada 2 ramalan tentang siapa yang akan memenangi kerusi ini.

Ramalan 1: Zaid Ibrahim akan menang jika, pihak BN tersilap langkah dalam 'menamakan' calonnya.

Ramalan 2: P.Kamalanathan akan menang jika, pihak BN betul dalam menamakan calonnya.

Kesimpulan: Faktor siapa menang atau kalah di PRK Hulu Selangor kali ini semuanya bergantung kepada 'Kebijaksanaan' Barisan Nasional'.

Sekian, Wallahu'alam.

Isnin, 19 April 2010

Ramalan Keputusan PRK Hulu Selangor

Ramai yang telah mengeluarkan 'statement' tentang calon masing-masing. Seperti biasa, setiap wakil akan 'memenangkan' pilihan hatinya. Setelah didesak oleh rakan saya, maka saya pun mulalah membuat 'kira-kira' saya. Hasilnya seperti dibawah ini.

Ramalan 1: Pemenang bagi pertandingan 4 penjuru antara Kamalanathan (BN), Zaid Ibrahim (PKR), Johan Md. Diah (Bebas) dan VS Chandran (Bebas). VS Chandran mungkin akan menang tetapi sayang beliau menarik diri.

Ramalan 2: Ini yang paling panas, harap jgn ada yang marah. Kalau mengikut perhitungan, Zaid Ibrahim boleh memenangi Kerusi Pilihanraya Kecil Hulu Selangor. Perhitungan ini bukan berdasarkan kira-kira politik atau apa jua jenis spekulasi. Kira-kira ini dibuat atas 'nilai' seseorang itu. Bukan duit atau pun pengaruh. Baik saya tinggalkan soalan 'perah otak' ini sebentar untuk beralih ke ramalan ketiga. Lebih perah otak beb.

Ramalan 3: Ramalan ini bergantung kepada satu perkataan; jika, jadi jangan ambil serius okay? Jika calon bebas menarik diri, maka pertandingan akan menjadi 1 lawan 1, yang mana peratus untuk calon yang tinggal untuk menang adalah 50-50. Boleh jadi Zaid menang atau Kamalanathan yang menang. Tetapi jika mengikut perkiraan, berat kepada calon BN untuk menang berbanding PKR. Andaikata pertandingan ini masih 3 penjuru, berat untuk dikatakan dan mungkin ia akan menjadi satu keputusan paling bersejarah dalam Pilihanraya Malaysia. Apa yang akan terjadi? Wallahu'alam.