Khamis, 13 Mei 2010

Berita.....Baik Punya!!!!!

KUALA LUMPUR, 12 Mei: Kumpulan Berjaya mendapat hak sebagai syarikat tunggal pertaruhan bola sepak Piala Dunia 2010 yang dikeluarkan oleh kerajaan petang semalam.
Ini berikutan kerajaan meneruskan keputusan untuk mengeluarkan lesen judi semasa kejohanan bola sepak berprestij di dunia itu berlangsung awal bulan Jun.
Akhbar berbahasa Cina, Sin Chew, melaporkan menteri kewangan secara rasminya memberi lesen judi itu kepada Kumpulan Berjaya.
Sin Chew melaporkan pertaruhan secara sah itu boleh dilakukan sebelum kejohanan bolasepak itu bermula pada 11 Jun ini.
Perjudian itu boleh dilakukan melalui lebih 2000 kedai pertaruhan Toto yang dimiliki kumpulan itu.
Pada 6 Mei lalu, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussein berkata, kerajaan mempertimbangkan kemungkinan mengeluarkan lesen untuk membenarkan pertaruhan dilakukan semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 bagi mengelak berleluasanya aktiviti perjudian dan pertaruhan haram di negara ini.
Katanya, jika kerajaan tidak mengeluarkan lesen kepada pihak yang memohon, aktiviti perjudian dan pertaruhan haram tetap berlaku tanpa kawalan dan pemantauan pihak berkuasa.
"Ada beberapa perkara penting untuk dikaji sama ada perkara ini baik bagi kerajaan atau jika kerajaan boleh cuba mengawalnya untuk mengetahui berapa banyak,” ujarnya kepada pemberita di lobi Parlimen.
Katanya, kerajaan sedang mengkaji perkara itu dan akan memutuskannya jika mahu membenarkan pertaruhan memandangkan kejohanan Piala Dunia semakin hampir.


Petikan dari Harakah Daily

Nampaknya daripada mengawal dah jadi menggalak, dari menghapus dah jadi menyuburkan. Sepatutnya kegiatan pertaruhan haram di cegah dan dibasmi, ini tidak malahan diberi lesen. Nampak gayanya lagi bertambah ramai la peminat bolasepak di negara kita ni. Kalau dahulu orang menonton bola semata-mata untuk menyaksikan kehebatan aksi pemain bertaraf dunia, tapi kini semua dapat terlibat dalam pertaruhan kelas dunia. Sayangnya, ramai yang akan bertaruh adalah umat Islam dan yang menerima pertaruhan adalah yang bukan Islam. Yang kaya adalah yang BERJAYA dan yang papa tetap orang Islam khususnya orang Melayu. Apa-apa pun syabas diucapkan, walaupun pemain Malaysia tidak dapat beraksi di Piala Dunia, tetapi 'Bookie-Bookie' Malaysia telah BERJAYA dia arena bolasepak antarabangsa. Baik Punya.....


video

Tiada ulasan: