Isnin, 17 Mei 2010

Pak Kaduk

Cerita Pak Kaduk merupakan versi cerita rakyat berlandaskan kisah benar tentang seorang anak raja yang gemar berjudi yang akhirnya tergadai kampung halamannya. Kisah ini banyak menyelitkan sindirannya dalam bentuk lawak jenaka supaya pendengar atau pembacanya tidak jemu dan mengambil pengajaran daripada cerita itu secara tidak langsung.

Mengimbas semula cerita tentang Pak Kaduk ini, banyak persamaan yang kita boleh cerapkan dengan keadaan negara kita hari ini. Setelah berlalunya 2 PRK di Hulu Selangor dan di Sarawak, kita dapat lihat isyarat yang telah diberikan oleh 'KAWAN' kita. Sama ada hendak sedar atau tidak, "Tepuk Dada Tanya Selera". Adakah sejarah Pak Kaduk hendak diulangi lagi?

Apa perkaitannya situasi sekarang dengan cerita Pak Kaduk? Siapa yang akan jadi Pak Kaduk? Jika kita renung dan hayati, tidak lain tidak bukan kita sendiri yang akan jadi Pak Kaduk. Orang Melayu yang akan jadi Pak Kaduk. Kenapa saya berkata demikian? Mari kita lihat rentetan dan senario 2 PRK terbaru ini.

PRK Hulu Selangor yang dimenangi oleh Barisan Nasional. Macam biasalah, bila ada pilihanraya, banyak janji ditabur dan lebih banyak fitnah kedengaran. Baik kita tinggal bab itu. Calon Barisan Nasional saudara Kamalanathan dan lawannya saudara Zaid. Mengapa BN tidak meletakkan calon Melayu iaitu dari UMNO? Sedangkan suara akar umbi telah lama inginkan kawasan itu diwakili oleh calon dari UMNO. Tidakkah BN sedar kekalahan Palanivel bukan kerana calonnya kuat tetapi ia memenuhi kehendak suara rakyat yang inginkan calon dari Orang Melayu. Walaupun saudara Kamalanathan menang, tapi pada hakikatnya? Sama-samalah kita tengok nanti.

Punca kemenangan kalau nak dianalisa, lebih kepada sokongan dan undi Orang Melayu. Isu tanah Felda Sungai Buaya yang 'tersangkut' sejak BN masih memerintah memainkan peranan utama dalam strategi kemenangan di Hulu Selangor. Isu kaum India juga mendapat tempat kerana ini adalah calon mereka. Tidak ketinggalan kaum Cina, walaupun minoriti di kawasan itu mereka mendapat habuan mereka juga walaupun kurangnya sumbangan undi mereka di kepada BN.

Pada pandangan umum, "Wah, baguslah, peruntukan diberi tidak mengira kaum dan agama. Semuanya mendapat perhatian dari kerajaan". Itu komen bila wartawan atau pemberita datang bertanya kepada pengundi. Tapi adakah kita sedar? Penduduk Felda Sungai Buaya yang majoritinya Orang Melayu telah menunggu berpuluh tahun untuk menunggu hak mereka. Ramai juga yang tak sanggup menunggu 'di atas tanah' sehingga 'turun ke bawah tanah'. Walaupun kerajaan telah berjanji untuk menyelesaikannya, tetapi adakah janji itu dapat dipenuhi? Bayar memang akan dibayar, tetapi bagaimana bentuk pembayarannya? RM100 sebulan? 'Lump-Sum'? Kalau sekolah 'kawan' kita boleh dapat RM 3 juta, takkan kerajaan nak tipu kitakan? Kita tidak tahu, sama-samalah kita tunggu. Jika betul firasat saya ini, maka akan wujudlah 'Pak Kaduk' di Felda Sungai Buaya dan orang-orang yang sebangsa dengannya.

PRK terakhir, BN kecundang walaupun kerusi asal kepunyaan BN. Kawasan ini merupakan majoriti pengundi Cina dan kedua-dua calon 'tegar' adalah Cina kecuali calon Bebas yang diwakili oleh calon Bumiputera Sarawak. Mengapa? Kenapa? Tak cukup kuatkah BN di Sibu? Kalau mengikut statistik, DAP hanya menang dengan majoriti yang kecil berbanding dengan PRU yang lepas. Bukankah ini adalah ulangan isyarat 'kawan' kita pada PRK Hulu Selangor? Mengapa 'kawan' kita tidak mahu menyokong kita sedangkan peruntukan jutaan ringgit telah dijanjikan untuk mereka?

Dalam kita sibuk mengutuk dan menfitnah sesama kita, 'kawan' kita bertindak dalam senyap. Bagai bara yang terbakar di dalam sekam. Adakah pemimpin, juak-juak dan pengikut kedua parti itu sedar akan 'permainan' 'kawan' mereka itu? Tidakkah mereka sedar, bahawa mereka bakal menjadi Pak Kaduk? Adakah sudah tergadai negeri ini baru mereka ingin bertolak ansur?

Amatlah sedih, apabila mengenangkan nasib Orang Melayu masa kini. Memang benar apa yang di tulis oleh saudara Ridhuan Tee di Utusan Malaysia baru-baru ini. Apa lagi yang tinggal pada orang Melayu sekarang? Di mana kekuatan Orang melayu sekarang? Pada ekonominyakah? Pada politiknyakah? Pada struktur sosialnyakah? Jawapannya........ Lu Fikir La Sendiri. (Jangan jawab 'Belalang' sudahlah).




Tiada ulasan: