Khamis, 10 Jun 2010

Ramalan Untuk Tahun Ini

Dan jika awalnya pada hari Selasa maka Al-Marikhlah yang menguasainya, maka ini menunjukkan atas kemenangan raja-raja daripada seterunya dan perintahnya berlangsung terus mahupun dengan diam atau berterus-terang dan banyak perkataan dan naik air sungai Nil dan penyakit bermaharajalela pada kebanyakan tempat dan berperang padanya raja-raja dan boleh jadi sedikit orang mati daripada penduduk negeri hangat dan sia-sia kebanyakan kaum tani orang yang bercucuk-tanam dan kalahkan seteru dan terjadi permusuhan pada setengah-setengah raja-raja Ajam, mahal mas dan perak dan sejuk pada akhirnya dan boleh jadi gempa yang merosakkan setengah-setengah binaan. Wallahua'alam

*Petikan dari Bintang 12

Selasa, 8 Jun 2010

Kekejaman Zionis & Bantahan Dunia : Apa Kesannya Terhadap Palestin dan Zionis

Utusan Malaysia Online - Luar Negara
Baru-baru ini, misi konvoi bantuan antarabangsa ke Gaza telah diserang oleh pihak Rejim Zionis. Walaupun misi mereka amat jelas iaitu membawa bantuan perubatan dan makanan untuk rakyat Palestin, tetapi ketibaan konvoi berkenaan telah 'disambut' dengan meriahnya oleh pasukan elit komando rejim berkenaan. Tembakan roket juga turut 'menyerikan' upacara sambutan. Serangan terbaru adalah ke atas Mavi Marmara telah membunuh 9 aktivis yang dalam perjalanan menyampaikan bantuan dalam misi konvoi bantuan antarabangsa ke Gaza. Sebelum itu juga 6 aktivis dari Malaysia termasuk 2 wartawan yang menaiki kapal Rachel Corrie nyaris menjadi mangsa kekejaman Zionis.

Seluruh dunia terkejut dengan peristiwa ini. Amatlah tidak disangka-sangka yang misi bantuan ini bertukar menjadi misi berdarah. Beratus-ratus perarakan telah diadakan di seluruh dunia bagi membantah dan menunjukkan rasa tidak puas hati terhadap Rejim Zionis. Beribu-ribu orang dari pelbagai bangsa dan negara, 
keluar di jalanan bagi menunjukkan simpati mereka terhadap rakyat Palestin. Pelbagai sepanduk yang menunjukkan betapa bencinya mereka terhadap kekejaman yang dilakukan oleh Rejim Zionis. Tidak kurang juga ada yang membakar bendera rejim berkenaan sebagai tanda marah dan protes terhadap tindakan mereka. Tetapi adakah segala tindakan ini mendatangkan kesan terhadap Zionis? Adakah rejim ini kekurangan apa-apa pun walaupun mendapat tentangan daripada dunia tentang kekejaman mereka? Jawapannya .....................

Sabtu, 5 Jun 2010

Selamat Bercuti

Selamat bercuti saya ucapkan kepada semua warga pendidik di seluruh tanah air. Pastinya ramai yang mengambil kesempatan ini untuk balik ke kampung, makan angin, melangsungkan perkahwinan dan sebagainya. Pesanan saya hanya 'Berhati-hati di jalanraya'. semoga sampai ke destinasi yang dituju dengan selamat. Untuk yang bakal menjadi 'Raja Sehari', tahniah dan semoga berbahagia hingga ke akhir hayat. Bagi yang mempunyai kemampuan yang lebih, bawalah anak-anak anda makan angin. Malaysia ini tidak kurang indahnya berbanding dengan negara luar. Melancong juga boleh menambahkan pengalaman anak-anak anda di samping mengeratkan hubungan kekeluargaan. Kalau sudah bosan berkelah atau mandi di air terjun, apa kata bawa anak-anak anda ke muzium. Kenalkanlah anak-anak anda dengan sejarah dirinya sendiri. Biar mereka tahu siapa diri mereka itu. Kesedaran sebegini perlu dipupuk sedari mereka masih hijau lagi. Kalau dah jadi buluh, tidak ada siapa yang dapat menyedarkan mereka lagi. Akhir kata, Terpeliharanya Melayu kerana Islam, Terjunjungnya Islam kerana Melayu....Hidup Melayu

Daulat Tuanku

Selamat Menyambut Hari Keputeraan 
Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong


Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah