Selasa, 8 Jun 2010

Kekejaman Zionis & Bantahan Dunia : Apa Kesannya Terhadap Palestin dan Zionis

Utusan Malaysia Online - Luar Negara
Baru-baru ini, misi konvoi bantuan antarabangsa ke Gaza telah diserang oleh pihak Rejim Zionis. Walaupun misi mereka amat jelas iaitu membawa bantuan perubatan dan makanan untuk rakyat Palestin, tetapi ketibaan konvoi berkenaan telah 'disambut' dengan meriahnya oleh pasukan elit komando rejim berkenaan. Tembakan roket juga turut 'menyerikan' upacara sambutan. Serangan terbaru adalah ke atas Mavi Marmara telah membunuh 9 aktivis yang dalam perjalanan menyampaikan bantuan dalam misi konvoi bantuan antarabangsa ke Gaza. Sebelum itu juga 6 aktivis dari Malaysia termasuk 2 wartawan yang menaiki kapal Rachel Corrie nyaris menjadi mangsa kekejaman Zionis.

Seluruh dunia terkejut dengan peristiwa ini. Amatlah tidak disangka-sangka yang misi bantuan ini bertukar menjadi misi berdarah. Beratus-ratus perarakan telah diadakan di seluruh dunia bagi membantah dan menunjukkan rasa tidak puas hati terhadap Rejim Zionis. Beribu-ribu orang dari pelbagai bangsa dan negara, 
keluar di jalanan bagi menunjukkan simpati mereka terhadap rakyat Palestin. Pelbagai sepanduk yang menunjukkan betapa bencinya mereka terhadap kekejaman yang dilakukan oleh Rejim Zionis. Tidak kurang juga ada yang membakar bendera rejim berkenaan sebagai tanda marah dan protes terhadap tindakan mereka. Tetapi adakah segala tindakan ini mendatangkan kesan terhadap Zionis? Adakah rejim ini kekurangan apa-apa pun walaupun mendapat tentangan daripada dunia tentang kekejaman mereka? Jawapannya .....................


TIDAK SAMA SEKALI

Protes ini tidak sahaja ditunjukkan secara demonstrasi jalanan ataupun perhimpunan aman. Malahan pelbagai blog dan 'group' terutamanya di laman sosial popular hari ini iaitu 'Facebook' mendapat tempat sebagai saluran suara tidak puas hati ini. Pelbagai slogan dapat diperhatikan, dari sesopan 'Save Gaza' sehinggalah yang tidak sopan 'F#@k Zionis'. Tetapi adakah mereka sedar yang selama ini mereka telah banyak menyumbang secara tidak langsung kepada 'Dana Penghapusan Rakyat Palestin'? 

FACEBOOK PENJANA DANA ZIONIS?

Jawapannya ialah 'YA'. Jika anda adalah pengguna facebook maka anda secara tidak langsung menyumbang ke atas kekejaman Zionis di Palestin. Tidak kira siapa anda sekalipun. Pernah satu perkumpulan ( digelar ekstremis agama oleh pihak barat) menggunakan facebook sebagai tempat untuk meluaskan kempen mereka untuk membenci Rejim Zionis dll. Kempen mereka ini lebih berbentuk kepada seruan jihad kepada umat Islam. Tetapi apa yang berlaku, 'group' mereka telah ditamatkan dan 'founder' nya telah di senarai hitamkan dari menggunakan facebook. KENAPA DAN MENGAPA?

Mark Zuckerberg
Pengasas laman sosial ini adalah seorang rakyat Amerika berketurunan Yahudi. Banyak khabar mengatakan beliau menganggotai satu 'fraterniti' dimana anggotanya terdiri dari 'billionaire' seluruh dunia yang berbangsa Yahudi. Pernah juga satu artikel di terbitkan di majalah Al-Islam menyatakan bahawa Mark telah bersumpah akan menyalurkan segala hasil yang diperolehinya dari keuntungan laman sosial ini kepada pihak Rejim Zionis. Amat sukar untuk memastikan fakta ini, tetapi kejadian  yang menimpa perkumpulan jihad (yang disebutkan di atas) membuatkan saya sangsi dengan niat sebenar beliau. Walaupun demikian, pelbagai 'group' yang mengutuk tindakan Zionis masih muncul bagai cendawan di laman sosial ini. Mengapa ia tidak di 'Ban' seperti 'group' terdahulu? Ini adalah satu alasan untuk menutup matlamat sebenar laman sosial ini. Anda kutuklah sepuas hati anda asalkan mereka mendapat keuntungan. Kutukan anda itu tidak terkesan sebaliknya menambah parah lagi hidup rakyat Palestin.

Produk Yahudi@Israel@Zionis@Amerika

                                                
Tanpa kita sedari, kita telah lama bergelumang dengan produk ini. Mungkin sedari kita mencelikkan mata kita sehingga kita menutup mata kita. Pergantungan kita terhadap semua produk ini amat ketara sehingga kempen 'Boycott Israel Product' tidak lama dahulu gagal sama sekali. Apa tidaknya, segala barangan makanan sehingga produk kebersihan sampailah kepada keperluan isi rumah hampir 90% adalah jenama mereka (termasuklah peralatan yang sedang digunakan sekarang ini). Jadi mengapa kita perlu berteriak, berpanas dan berhujan semata-mata untuk menyatakan kekesalan kita kepada tindakan Rejim Zionis sedangkan kita adalah pengguna tegar barangan mereka dan keuntungan itu pula disumbang untuk membunuh rakyat Palestin.  Fikirkanlah sejenak.......

Tiada ulasan: