Selasa, 27 Disember 2011

Umat Terakhir: Bloodline: Yahadut Mizrah

Umat Terakhir: Bloodline: Yahadut Mizrah: Yahadut Mizrah BARANGKALI tidak ramai yang tahu mengenai kisah ini meskipun terdapat banyak rekod sejarah yang menunjukkan kemasukan b...
p/s : Sila klik link untuk pembacaan.

Selamat Tahun Baru

Assalamualaikum, rasanya tidak terlewat untuk mengucapkan Salam Maal Hijrah. Sengaja dilewatkan pos ini kerana Sambutan Maal Hijrah dan Tahun Baru Masihi agak hampir (dalam sebulan sahaja bezanya) kerana Tahun Baru Masihi akan jatuh pada 7 Safar 1433 Hijriyah. Ribuan terima kasih diucapkan kepada pengunjung blog ini dan diharapkan tuan-tuan semua mendapat manfaat dari pembacaan ini. Sukacita juga ingin saya memohon supaya dapat para pembaca meninggalkan sedikit komen setelah membaca. Ini adalah bertujuan supaya dapat saya memperbaiki mutu blog ini. Untuk tahun yang serba baru ini, saya telah mengubah sedikit rekaletak blog ini. Adalah diharapkan ia lebih menarik dah memudahkan pembacaan. Sekian, terima kasih. Salam Ma'al Hijrah 1433 dan Selamat Tahun Baru 2012

Isnin, 12 Disember 2011

DAULAT TUANKU, DAULAT TUANKU, DAULAT TUANKU !!!!!!!


Al-Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Al-Haj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah

Majlis Raja-Raja Melayu dalam mesyuarat khasnya pada hari Jumaat bersetuju mengisytiharkan Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah dipilih sebagai Yang Di-Pertuan Agong yang ke empat belas berkuatkuasa pada 13 Disember ini untuk tempoh lima tahun. Pemilihan ini bermakna Sultan Abdul Halim akan menyandang jawatan Yang Di-Pertuan Agong buat kali ke dua dalam sejarah peribadi baginda. Kali pertama baginda menyandangnya pada 21 September 1970 sehingga 20 September 1975. Daulat Tuanku!


  Tuanku Al-Sultan Faris Petra  Ibni Al-Sultan Ismail Petra, Sultan Muhammad V

Sultan Kelantan, Tuanku Al-Sultan Faris Petra Ibni Al-Sultan Ismail Petra, Sultan Muhammad V pula telah dipilih menjadi Timbalan Yang di-Pertuan Agong. Pemilihan ini berkuatkuasa pada 13 Disember ini untuk tempoh lima tahun. Daulat Tuanku!

Jumaat, 25 November 2011

Doa Awal Tahun & Akhir Tahun Hijriyah


Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.
Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.





Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.
Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.

Ramalan Untuk Tahun 1433 Hijriyah

Bermula jika awal tahun itu hari Ahad, maka bahawa yang menguasainya ialah Asy-Syams (Matahari). Ini adalah menunjukkan atas kemenangan raja-raja daripada seterunya dan memperhubungkan beberapa sebab-sebab dengan setengahnya dan adalah sungai Nil pertengahan naik airnya dan berkekalan di atas mukabumi. Tumbuhan-tumbuhan sangat baik dan gandum sangat menjadi pada awal bulan Tut (*****) dan mahal barang-barang yang diperam pada akhir bulan Tubat (*****) dan mahal kambing dan bulu pada bulan Bermudat (*****). Perpindahan sesetengah manusia daripada satu tempat kepada satu tempat yang lain serta menderita kesusahan yang banyak dan penyakit panasnya serta hangat terjadi padanya kebinasaan di lembah-lembah dan banyak buah kurma dan tanaman-tanaman berkat dan raja-raja tertolong dan kuat adanya. Wallahua'alam.

Isnin, 31 Oktober 2011

Al-Fatihah

Kiranya agak terlewat untuk menghadiahkan Al Fatihah buat pejuang yang amat dikagumi ini. Tragedi pembunuhan yang dilakukan terhadap beliau adalah tidak boleh dimaafkan. Semoga roh beliau ditempatkan di kalangan syuhada'. Al Fatihah


Ahad, 4 September 2011

PANEH MIANG©: Mengimbau Peristiwa Bukit Kepong

PANEH MIANG©: Mengimbau Peristiwa Bukit Kepong: Peristiwa Bukit Kepong adalah kesan kekejaman pengganas komunis semasa darurat selepas Perang Dunia II. Dalam kejadian tersebut balai polis ...

Ahad, 6 Mac 2011

Konspirasi Atau Salah Sendiri

          Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mustafa Salim didapati bersalah kerana menerima rasuah sebanyak RM2,000 daripada seorang kontraktor sebagai dorongan mengeluarkan surat sokongan untuk mendapatkan permit bagi menjual pasir dua tahun lalu.
         Wakil rakyat berusia 51 tahun, kali pertama bertanding mewakili Barisan Nasional (BN) itu bagaimanapun telah dibebaskan daripada dua tuduhan menerima rasuah dari M. Manimaran atas tujuan yang sama.
          Mustafa didakwa di bawah Akta Pencegahan Rasuah 1997, Seksyen 10 (a) (aa) atas tuduhan menerima suapan di sebuah restoran di Mantin pada 31 Ogos 2008.
         Jika didapati bersalah, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara antara 14 hari hingga 20 tahun serta denda minimum RM10,000 atau lima kali ganda daripada nilai suapan.
         Hakim Mahkamah Sesyen, Amran Jantan menangguhkan kepada 1 April depan sebagai tarikh menjatuhkan hukuman. - Mstar.VIA Paneh Miang.

Ulasan:
1. Ada banyak teori diperkatakan tentang kes Adun Lenggeng ini. Pertamanya adakah beliau menjadi mangsa konspirasi politik di Bahagian Seremban? Ataupun beliau hanyalah satu daripada 'Collateral Damage' akibat pertembungan antara dua ahli politik Negeri Sembilan? Ataupun beliau hanya menjadi mangsa kepada dirinya sendiri?
2. Semua teori yang diperkatakan mempunyai asasnya yang tersendiri dan amat relevan untuk dibincangkan. Ramai yang telah maklum, yang kes ini menjadi hangat bukanlah sebab rasuah tersebut, tetapi lebih kepada 'Battle' antara dua pihak. Jika kita ikuti secara terus rentetan episod 'jatuh-menjatuh' dan 'tikam-menikam' ini, ianya telah berlaku lebih awal dari kes yang sedang diperkatakan sekarang ini. Amatlah malang kerana yang menjadi mangsa adalah seorang yang pernah bergelar 'Guru'.
3. Untuk 'survival' sebagai seorang ahli politik di Bahagian Seremban, bukan sahaja anda mesti mempunyai latarbelakang yang baik dan mempunyai tokoh atau sifat tertentu. Lebih-lebih lagi jika anda punya cita-cita untuk bersaing dengan Ketua Bahagian tersebut. Baiklah tak perlu kita lihat dengan lebih jauh, kita bersaing kelayakan akademik kita dengan beliau. Biasanya seorang siswazah di Malaysia ini menghabiskan pengajian beliau dengan hanya satu ijazah sahaja tetapi beliau telah menghabiskan pengajiannya dengan 3 ijazah serentak. Hebat atau tidak individu ini? Bukannya untuk menyanjung beliau tinggi melangit tetapi untuk menang atau yang lebih penting untuk terus hidup dalam 'gelanggang' ini, anda perlu lebih hebat dari dia dari apa jua segi. Orang-orang tua pernah berpesan, "Yang tidur jadi makanan si jaga". Jadi bagaimanakah anda hendak bersaing dengan orang yang tidak pernah tidur? Fikir-fikirkanlah....
4. Dalam hal yang melibatkan ADUN Lenggeng ini, sebagai pandangan individu tidaklah menyalahkan mana-mana pihak yang terlibat, tetapi leih menyalahkan beliau sendiri atas kecuaian dan kealpaan beliau sehingga dapat dipergunakan dan diperdaya oleh pihak-pihak lain. Mungkin beliau berpengalaman dari segi mentadbir kerana beliau merupakan mantan seorang pentadbir di sekolah. Tapi dari segi politik sayangnya beliau amat terhad pengalamannya.
5. Ramai yang tidak tahu malahan ahli-ahli politik sendiri ramai yang tidak memahami perkaitan antara 'Politik' dan 'Kewangan' ini walaupun sering ianya bermain disekelilingnya. Saya sertakan ungkapannya di sini "Finance is a gun and politics is a knowledge of how and when to pull the trigger". Fikirkan dan cuba perhatikan, berapa ramai ahli politik di Malaysia ini 'tahu serta faham' dengan ungkapan ini.