Ahad, 6 Mac 2011

Konspirasi Atau Salah Sendiri

          Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mustafa Salim didapati bersalah kerana menerima rasuah sebanyak RM2,000 daripada seorang kontraktor sebagai dorongan mengeluarkan surat sokongan untuk mendapatkan permit bagi menjual pasir dua tahun lalu.
         Wakil rakyat berusia 51 tahun, kali pertama bertanding mewakili Barisan Nasional (BN) itu bagaimanapun telah dibebaskan daripada dua tuduhan menerima rasuah dari M. Manimaran atas tujuan yang sama.
          Mustafa didakwa di bawah Akta Pencegahan Rasuah 1997, Seksyen 10 (a) (aa) atas tuduhan menerima suapan di sebuah restoran di Mantin pada 31 Ogos 2008.
         Jika didapati bersalah, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara antara 14 hari hingga 20 tahun serta denda minimum RM10,000 atau lima kali ganda daripada nilai suapan.
         Hakim Mahkamah Sesyen, Amran Jantan menangguhkan kepada 1 April depan sebagai tarikh menjatuhkan hukuman. - Mstar.VIA Paneh Miang.

Ulasan:
1. Ada banyak teori diperkatakan tentang kes Adun Lenggeng ini. Pertamanya adakah beliau menjadi mangsa konspirasi politik di Bahagian Seremban? Ataupun beliau hanyalah satu daripada 'Collateral Damage' akibat pertembungan antara dua ahli politik Negeri Sembilan? Ataupun beliau hanya menjadi mangsa kepada dirinya sendiri?
2. Semua teori yang diperkatakan mempunyai asasnya yang tersendiri dan amat relevan untuk dibincangkan. Ramai yang telah maklum, yang kes ini menjadi hangat bukanlah sebab rasuah tersebut, tetapi lebih kepada 'Battle' antara dua pihak. Jika kita ikuti secara terus rentetan episod 'jatuh-menjatuh' dan 'tikam-menikam' ini, ianya telah berlaku lebih awal dari kes yang sedang diperkatakan sekarang ini. Amatlah malang kerana yang menjadi mangsa adalah seorang yang pernah bergelar 'Guru'.
3. Untuk 'survival' sebagai seorang ahli politik di Bahagian Seremban, bukan sahaja anda mesti mempunyai latarbelakang yang baik dan mempunyai tokoh atau sifat tertentu. Lebih-lebih lagi jika anda punya cita-cita untuk bersaing dengan Ketua Bahagian tersebut. Baiklah tak perlu kita lihat dengan lebih jauh, kita bersaing kelayakan akademik kita dengan beliau. Biasanya seorang siswazah di Malaysia ini menghabiskan pengajian beliau dengan hanya satu ijazah sahaja tetapi beliau telah menghabiskan pengajiannya dengan 3 ijazah serentak. Hebat atau tidak individu ini? Bukannya untuk menyanjung beliau tinggi melangit tetapi untuk menang atau yang lebih penting untuk terus hidup dalam 'gelanggang' ini, anda perlu lebih hebat dari dia dari apa jua segi. Orang-orang tua pernah berpesan, "Yang tidur jadi makanan si jaga". Jadi bagaimanakah anda hendak bersaing dengan orang yang tidak pernah tidur? Fikir-fikirkanlah....
4. Dalam hal yang melibatkan ADUN Lenggeng ini, sebagai pandangan individu tidaklah menyalahkan mana-mana pihak yang terlibat, tetapi leih menyalahkan beliau sendiri atas kecuaian dan kealpaan beliau sehingga dapat dipergunakan dan diperdaya oleh pihak-pihak lain. Mungkin beliau berpengalaman dari segi mentadbir kerana beliau merupakan mantan seorang pentadbir di sekolah. Tapi dari segi politik sayangnya beliau amat terhad pengalamannya.
5. Ramai yang tidak tahu malahan ahli-ahli politik sendiri ramai yang tidak memahami perkaitan antara 'Politik' dan 'Kewangan' ini walaupun sering ianya bermain disekelilingnya. Saya sertakan ungkapannya di sini "Finance is a gun and politics is a knowledge of how and when to pull the trigger". Fikirkan dan cuba perhatikan, berapa ramai ahli politik di Malaysia ini 'tahu serta faham' dengan ungkapan ini.