Rabu, 6 November 2013

Ramalan Untuk Tahun 1435 Hijriyah

Dan jika awalnya pada hari Selasa maka Al-Marikhlah yang menguasainya, maka ini menunjukkan atas kemenangan raja-raja daripada seterunya dan perintahnya berlangsung terus mahupun dengan diam atau berterus-terang dan banyak perkataan dan naik air sungai Nil dan penyakit bermaharajalela pada kebanyakan tempat dan berperang padanya raja-raja dan boleh jadi sedikit orang mati daripada penduduk negeri hangat dan sia-sia kebanyakan kaum tani orang yang bercucuk-tanam dan kalahkan seteru dan terjadi permusuhan pada setengah-setengah raja-raja Ajam, mahal mas dan perak dan sejuk pada akhirnya dan boleh jadi gempa yang merosakkan setengah-setengah binaan. Wallahua'alam

Khamis, 16 Mei 2013

Selamat Hari Guru 2013 Kali ke 42







Kepada semua warga pendidik, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kerana mendidik dan membimbing anak-anak bangsa dengan penuh keikhlasan. 

Tugas sebagai seorang guru bukanlah mudah seperti yang disangkakan. bak kata pepatah "Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya". Namun masyarakat terutama di Alaf 21 ini sering memandang enteng tugas yang dipikul oleh guru walaupun pada hakikatnya, tugasan dan tanggungjwab guru pada masakini semakin berat berbanding dengan guru di era pasca merdeka. walaupun demikian komuniti guru sekarang juga perlu bersyukur dengan kemudahan dan insentif yang diberikan oleh pihak kerajaan kepada mereka berbanding dengan veteran guru di era kolonial dan pasca merdeka. Segala rungutan tentang beban kerja seharusnya diubah menjadi satu topik perbincangan profesional, di mana guru-guru, pihak pentadbir dan masyarakat dapat duduk berdiskusi bagaimana dapat memudahkan satu-satu urusan kerja tersebut kerana tugas mendidik bukanlah terletak dibahu guru seorang sahaja malahan peranan ibu bapa juga memainkan peranan penting dalam menjayakan agenda dan aspirasi negara. Seharusnya guru sebagai mentor, pembimbing dan penyalur ilmu manakala ibu bapa pula sebagai pemantau kepada pencapaian dan kemajuan anak-anak dalam pembelajaran. 



Jumaat, 3 Mei 2013

Ramalan Keputusan PRU-13 Edisi 'Hot Seat' N9

بسم الله الرحمن الرحيم

Dah lama tidak menulis disebabkan kekangan tugas di tempat kerja dan pelbagai tanggungjawab yang dipikul sebagai seorang anak, suami dan pekerja. Sebenarnya artikel atau ramalan ini hendak diterbitkan lebih awal iaitu sehari selepas penamaan calon, tapi untuk tidak 'potong stim' maka ia dikeluarkan pada hari ini. Pengiraan ini hanya melibatkan beberapa kawasan yang dianggap 'Hor Seat' di N9 ini. Jika ada pembaca yang ingin melihat ramalan keputusan bagi kawasannya yang tidak dipamerkan di sini, bolehlah berhubung dengan saya. Mari kita sama-sama berkongsi ramalan yang telah dikira menggunakan kaedah 'Bintang 12' ini. والله اعلم


P.126 PARLIMEN JELEBU
ZAINUDIN B ISMAIL - BN/UMNO



P.127 PARLIMEN JEMPOL
PELUANG CALON MENANG ADALAH 50-50 TETAPI CONDONG KEPADA :
WAN AISHAH BT WAN ARIFFIN - PR/PAS


P.128 PARLIMEN SEREMBAN
LOKE SIEW FOOK - PR/DAP

N.09 DUN LENGGENG
ZULKIFLI B ABDULLAH - BEBAS

N.13 DUN SIKAMAT
AMINUDDIN B HARUN - PR/PKR

N14. DUN AMPANGAN
ABU UBAIDAH B HJ REDZA - BN/UMNO


P. 129 PARLIMEN KUALA PILAH
HASAN B MALEK - BN/UMNO


P. 130 PARLIMEN RASAH
PELUANG CALON MENANG ADALAH 50-50 TETAPI CONDONG KEPADA :
TEO ENG KIAN - BN/MCA


P.131 PARLIMEN REMBAU
RADZALI B A. GHANI - PR/PKR

N.25 DUN PAROI
PELUANG CALON MENANG ADALAH 50-50

N.27 DUN RANTAU
MOHAMAD B HJ HASAN - BN/UMNO



P. 132 PARLIMEN TELOK KEMANG
MOGAN A/L VELAYATHAM - BN/MIC


P. 133 PARLIMEN TAMPIN
SHAZIMAN B ABU MANSOR - BN/UMNO


P/S KESEMUA RAMALAN DI ATAS ADALAH BERPANDUKAN KITAB BINTANG YANG DUA BELAS. BERKEMUNGKINAN BERLAKU KESILAPAN SEMASA MENGIRA. YANG BAIK SEMUANYA DARI الله DAN YANG BURUK ADALAH DARI KEKURANGAN DAN KEKHILAFAN SAYA SEBAGAI HAMBANYA. والله اعلم