Khamis, 16 Mei 2013

Selamat Hari Guru 2013 Kali ke 42







Kepada semua warga pendidik, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kerana mendidik dan membimbing anak-anak bangsa dengan penuh keikhlasan. 

Tugas sebagai seorang guru bukanlah mudah seperti yang disangkakan. bak kata pepatah "Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya". Namun masyarakat terutama di Alaf 21 ini sering memandang enteng tugas yang dipikul oleh guru walaupun pada hakikatnya, tugasan dan tanggungjwab guru pada masakini semakin berat berbanding dengan guru di era pasca merdeka. walaupun demikian komuniti guru sekarang juga perlu bersyukur dengan kemudahan dan insentif yang diberikan oleh pihak kerajaan kepada mereka berbanding dengan veteran guru di era kolonial dan pasca merdeka. Segala rungutan tentang beban kerja seharusnya diubah menjadi satu topik perbincangan profesional, di mana guru-guru, pihak pentadbir dan masyarakat dapat duduk berdiskusi bagaimana dapat memudahkan satu-satu urusan kerja tersebut kerana tugas mendidik bukanlah terletak dibahu guru seorang sahaja malahan peranan ibu bapa juga memainkan peranan penting dalam menjayakan agenda dan aspirasi negara. Seharusnya guru sebagai mentor, pembimbing dan penyalur ilmu manakala ibu bapa pula sebagai pemantau kepada pencapaian dan kemajuan anak-anak dalam pembelajaran. 



Tiada ulasan: